Wakaf Tanah

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah serta mereka memberi pinjaman kepada ALLAH sebagai pinjaman yang baik (Ikhlas) akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya dan mereka pula akan beroleh ganjaran pahala yang mulia.

Home Top Ad

First name Last name Phone #1 E-mail address Subscribe Unsubscribe

First name

Last name

Phone #1

E-mail address

Subscribe Unsubscribe

Sumbangan daripada muslimin dan muslimat amat diperlukan bagi tujuan membina Mahaad Tahfiz al-Quran Nurul Ehsan (MIZAN). Sebuah institusi p...

Sumbangan daripada muslimin dan muslimat amat diperlukan bagi tujuan membina Mahaad Tahfiz al-Quran Nurul Ehsan (MIZAN). Sebuah institusi pengajian Islam yang akan dibina di atas sebuah tanah seluas 3 relong di Ulu Pauh, 02600 Arau, Perlis.

Mahaad Tahfiz al-Quran Nurul Ehsan atau MIZAN merupakan sebuah pusat pengajian Islam yang akan menyediakan pengajian secara PERCUMA kepada ANAK-ANAK YATIM dan ANAK-ANAK FAKIR MISKIN yang berpotensi untuk menghafal ayat-ayat Allah dan bersedia untuk dibimbing dengan ilmu-ilmu Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Semoga dengan kaedah ini dapat membentuk generasi al-Quran yang mempunyai ilmu dan keberanian untuk meneruskan perjuangan Islam pada masa hadapan.

Untuk menghulurkan sumbangan, sila nyatakan maklumat peribadi anda di bawah:
Nama: ...................................
Alamat: .................................
No Tel.: ................................
Jumlah wakaf: ....................... (RM 30 sekaki)

Alamat saudara/i diperlukan untuk urusan pengeposan sijil atas sumbangan wakaf yang dilakukan.

Atau saudara/i boleh terus menghubungi wakil pengurus projek ini Ustaz Abdullah bin Hashim di talian 017-4114984 atau email: almunsyi@gmail.com. Bayaran juga boleh dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam 09010020206044.

(SILA BUAT PEMBERITAHUAN APABILA PEMBAYARAN SUDAH DIBUAT)